Sunday, May 6, 2012

post untuk sementara waktu

aku cakap macam tu sebab aku still lagi menaip dan mengarang idea untuk post akan datang.by the way,aku bangun awal pagi tadi,fuyoo habis solat subuh,terus turun dapur nak siapkan tempahan pavlova.kalau tidak hari minggu,memang aku akan terjaga dari tidur pukul 8.00am ke atas,ok la tu,aku membanting tulang hari-hari cari rezeki.bagi aku,tidur memang perlu sepuas-puasnya la bila tiba hari minggu.HAHA.ok,tapi yang menariknya kali ini,tempahan yang aku ambil kali ni lebih comel sebab nama dia
"mini pavlova"



*belas ihsan google

lebih kurang macam tu lah hasil kreatif aku pagi tadi.lawa kan? :3

aku rasa proses membuat pavlova tidak la sesusah mana bagi orang yang betul-betul berminat,kerana bahan-bahan yang digunakan mudah dan tidak la melecehkan.ya,aku dengar,mungkin dari sudut kosnya agak tinggi sebab melibatkan whip cream,putih telur yang bergelen-gelen dan itu sahaja.memang ! pembaziran boleh berlaku kerana lambakan telur kuning akan diperolehi.kalau dah terperap dalam peti,pusing akal tak tahu nak buat apa lagi dengan telur kuning sudah tentu la terpaksa dibuang.sobs T.T


buat masa sekarang ni,pavlova aku dalam oven lagi.dibiarkan terperap dalam tu,nanti orang yang ambil tempahan datang,baru la aku tergedek-gedek nak sapu toping atas "mini pavlova" tu.


*rupa "mini pavlova" sebelum aku make over

gambar "mini pavlova" selepas aku make over
*
*
*
*


*

*

*
*
*



nanti lah,aku tak siap lagi make up si "mini pavlova" tu.kejap,aku tak tahu la bila lagi aku boleh posting macam ni.selalu tak sempat je alasan yang bagi aku boleh dipakai guna.HAHA.

agak-agak,bila aku boleh share resepi pavlova?sebab aku nak sangat kau orang semua try buat !




terima kasih dan selamat tinggal :3

No comments:

Post a Comment