Saturday, September 1, 2012

perasaan semata-semata

assalammualaikum,kaku sekejap dah lama rasanya tak blogging.
ok,tak sangka dan masih terkebil-terkebil bila dah masuk 18 tahun,makin tua jadi matang,gaya pun makin lama makin cool.eheh,lama tak guna perkataan tu XD

tak sangka jumpa orang baru,kawan baru,tempat baru,buku baru,makanan baru,diri baru,segalanya baru macam anda?
tapi ada satu benda yang aku susah nak lupa sampai sekarang.

yess.aku rindu semua kawan aku,yang rapat dengan aku,yang kongsi cerita dengan aku,yang suka tukar-tukar resepi dengan aku,yang belajar sama-sama,yang menangis,ketawa,yang apa lagi?serius,banyak perbezaan di tempat baru dengan tempat yang lama.suasana sekolah dan asrama la paling banyak menyentuh perasaan aku.mungkin kenangan baru di tempat baru tidak cukup dibayar dengan kenangan yang sedia ada sepanjang lima tahun di sabak bernam.

anda?
aku harap umur aku kekal berpanjangan sampai kita semua sempat jumpa nanti.aku tak sabar nak jumpa kau orang semua.habis je final,balik KL jumpa.oh ye,final aku 1.10.2012,doakan kejayaan kita sesama sendiri.baru sweet kan,faezah? :3

kepada yang bakal fly,gooluck di sana.tunggu,nanti aku datang lagi
tiga tahun HAHA

*sedih sebenarnya,rindu yang tak terkata zaman sekolah




for my beloved friends.Dont you remember by adele,



terima kasih dan selamat tinggal :3

Wednesday, May 23, 2012

isu datuk L.C.W

assalammualaikum dan salam bulan rejab kepada kesemua umat islam.
isu ini sememangnya tidak akan dibesar-dibesarkan atau tidak akan mendapat liputan luas kerana bagi aku sudah tentu akan membuka pekung di dada Persatuan Badminton Malaysia[BAM]
sudah lama aku pendamkan dan rasa ketidakpuashatian itu mula mengeluarkan larvanya hari ini.

itu pun selepas baru habis menonton berita semasa di telly.angan-angan Malaysia terkubur macam itu sahaja.juara piala Thomas tidak mungkin menjadi miliknya pada tanggal kali ini.sewaktu perlawanan perseorangan diantara Malaysia yang diwakili Datuk L.C.W sendiri menentang Denmark,beliau telah mengalami kecederaan yang agak parah juga sehingga memaksa beliau untuk menarik diri serta-merta dari padang pertempuran.


bagi sesiapa yang tidak tahu apa-apa,beliau sebenarnya tidak mempunyai rehat yang secukupnya malah beliau sendiri baru sahaja baik demam dan telah menarik diri sewaktu perlawanan mula-mula lagi.bagi aku,mungkin ada tekanan di situ kerana semua berharap dan bergantung sepenuhnya terhadap kebolehan dia supaya menjuarai kesemua pertandingan.bagi pelapis baru,mereka tidak diberi peluang setakat ini yang aku lihat untuk menonjolkan skill yang ada dengan menyertai mana-mana kejohanan.



kesemuanya bergantung kepada Datuk L.C.W !


ya,aku marah sangat sekarang ni.kepada pihak berkuasa sila-sila lah buka mata menyedari akan kekhilafan perkara ini.beri peluang kepada para pelapis badminton mengasah dengan lebih tajam sehingga seperti Datuk L.C.W sendiri.sometimes,aku rasa kesemua masalah ini ada berbaur politik yang mungkin tidak berapa jelas kalau dilhat secara kasar sahaja,tak gitu? 0.0



maafkan aku/saya jika ada yang menyakitkan

terima kasih dan selamat tinggal :3

Tuesday, May 22, 2012

keperluan atau kehendak ? #1

"kakak,nak tukar handfon baru ke dapat gaji nanti?,mama.
"emm,[fikir dalam-dalam]lain kali la",aku.

aku tak pasti nak tukar ke tidak sebab rasa bersalah la tukar sebab aku rasa itu hanya satu kehendak sebagai seorang remaja yang sememangnya pemburu IT.tak ke gitu ? -.-
tapi kalau nak nak dikutkan,handfon aku tunggu giliran je nyawanya bakal dicabut.bateri dia adalah satu masalah besar setakat ni.yang lain normal lagi hihi.kalau ada yang nak tahu handfon yang aku admire setakat ni samsung galaxy note.wahh :3

ya,kenapa?
sebab aku suka sketch something yang cute dan adorable macam doodle.itu kira bakat semulajadi la haha.aku akan tengok design orang lain ke atau tengok cerita kartun macam boboboy ke,alien,dari situ la timbul idea dapat sketch.jadi galaxy note menepati keperluanku :)


namun itu mungkin akan jadi milikku setelah aku bekerjaya tinggi nanti.sekarang tugas aku still lagi belajar jadi tidak mungkin la dapat memilikinya dengan duit yang ada sekarang ni.mimpi mat jenin la kau :3
satu lagi sebab kenapa aku perlu tukar handfon bagi pandangan aku la sebab faktor kawan mungkin.yang ni aku setuju sangat sebab bila aku texting dengan diaorang,jarang sekali reply dan yang bermurah hati pun setakat 2-3 kali reply je.tak ada penutup,byebye pun tak ada.nak jimat kredit kan,taraf hidup meningkat bukan?

kau tak ada whatsapp ke?bbm ke,vber etc etc[aku tak tahu sangat,kalau salah cakap ye]

setakat handfon aku mana la boleh nak set up benda itu semua.aku bukan android ye HAHA
tapi bila aku fikir lima kali la kan,jimat la kalau tukar.orang semua dah guna whatsapp,memang tak kan kacau satu sen la kredit nanti.hmmm O.O

kepada remaja di luar sana,ukur baju di badan sendiri.jangan sesekali nak ikut orang,sekadar nak bergaya ke apa.

ikhlas dari hati

terima kasih dan selamat tinggal :3

Sunday, May 20, 2012

testing

hello umie

from,umie

terima kasih dan selamat tinggal :3

Sunday, May 6, 2012

post untuk sementara waktu

aku cakap macam tu sebab aku still lagi menaip dan mengarang idea untuk post akan datang.by the way,aku bangun awal pagi tadi,fuyoo habis solat subuh,terus turun dapur nak siapkan tempahan pavlova.kalau tidak hari minggu,memang aku akan terjaga dari tidur pukul 8.00am ke atas,ok la tu,aku membanting tulang hari-hari cari rezeki.bagi aku,tidur memang perlu sepuas-puasnya la bila tiba hari minggu.HAHA.ok,tapi yang menariknya kali ini,tempahan yang aku ambil kali ni lebih comel sebab nama dia
"mini pavlova"



*belas ihsan google

lebih kurang macam tu lah hasil kreatif aku pagi tadi.lawa kan? :3

aku rasa proses membuat pavlova tidak la sesusah mana bagi orang yang betul-betul berminat,kerana bahan-bahan yang digunakan mudah dan tidak la melecehkan.ya,aku dengar,mungkin dari sudut kosnya agak tinggi sebab melibatkan whip cream,putih telur yang bergelen-gelen dan itu sahaja.memang ! pembaziran boleh berlaku kerana lambakan telur kuning akan diperolehi.kalau dah terperap dalam peti,pusing akal tak tahu nak buat apa lagi dengan telur kuning sudah tentu la terpaksa dibuang.sobs T.T


buat masa sekarang ni,pavlova aku dalam oven lagi.dibiarkan terperap dalam tu,nanti orang yang ambil tempahan datang,baru la aku tergedek-gedek nak sapu toping atas "mini pavlova" tu.


*rupa "mini pavlova" sebelum aku make over

gambar "mini pavlova" selepas aku make over
*
*
*
*


*

*

*
*
*



nanti lah,aku tak siap lagi make up si "mini pavlova" tu.kejap,aku tak tahu la bila lagi aku boleh posting macam ni.selalu tak sempat je alasan yang bagi aku boleh dipakai guna.HAHA.

agak-agak,bila aku boleh share resepi pavlova?sebab aku nak sangat kau orang semua try buat !




terima kasih dan selamat tinggal :3