Sunday, February 19, 2012

padah ais batu !

salam semua.aku tak berapa sihat sebelum ni dan sampai la sekarang.alhamdulillah semakin menunjukkan prestasi yang agak memberansangkan,pulih daripada penyakit.aku dah lama bertarung nyawa dek kerana batuk tak henti-henti.sebulan macam tu la,dasyat !

tak tahan asyik batuk yang kadangkala memalukan diri ok?ya lah,orang akan pandang kita tiba-tiba jadi diva pulak.
"eh,sape tu yang batuk-batuk,bising la?"
"BISINGGGG LA,SENYAP SIKIT BOLEH?"
bagi orang yang ada lelah macam aku,sengsara rasanya kalau batuk ini tidak dirawat secepat mungkin.sesak nafas kadang-kadang boleh berlaku.tapi punca batuk bagi aku bukan hanya disebabkan ais batu semata-mata,[aku pun jarang ambil ais batu,sedar diri la ni]aku alah dengan segala bulu binatang,habuk,apa-apa yang dari segi fizikalnya merupakan dalam bentuk debu macam bedak.aku rasa permulaan batuk yang aku alami sekarang ini bermula daripada pertumpahan bedak secara besar-besaran.kejadian ini sudah tentu la berlaku di tempat kerja aku,masa nak siapkan budak-budak lepas mandi.secara tak sengaja bedak tertumpah dan aku sesak nafas.

oh,okok benda tu dah berlaku awal bulan hari tu dan semalam aku tak tahan,aku terus tanya google cara nak atasi batuk.aku jumpa benda magic yang sangat awesome bila dimakan.
bawang putih?
memang melegakan dan banyak khasiatnya yang kadangkala kita akan rasa terkejut dengan ciptaan Allah ini.

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk.

cara nak hilangkan batuk,saya cuba cucuk dua ulas bawang putih tanpa dikupas kulitnya dengan garfu sambil digolek-golekkan atas api dapur.sampai macam da jadi garing kekuningan,siap untuk dihidangkan dan dimakan begitu sahaja.mudah kan?
kebersanannya memang betul la dan batuk aku beransur berkurangan dan jadikan ia sebagai amalan setiap malam sampai la batuk anda semua HILANG.

SUBHANALLAH !

psstt:jangan la makan hari-hari,habis semua kawan kau tak nak berkempit dengan kau sebab bau badan kuat nanti.HAHA ;P


terima kasih dan selamat tinggal :3